"Ibu bunuh anak - kelar leher anak kerana kemurungan."
"Isteri tidak sedar, bunuh dan kelar anak sampai mati."
"Tidak berpantang dengan betul menyebabkan ibu meroyan, hampir membunuh bayinya."
"Suri rumah didakwa bunuh anak."
"Ibu mengaku tidak bersalah membunuh anak."
Apakah tanggapan kita saat membaca setiap satu artikel dan berita yang tular ini? Adakah kita terus menghukum salah ke atas wanita-wanita dari kalangan diri kita sendiri.
Saat membaca satu persatu artikel ini dari laman sesawang, pasti jatuh luluh hati dan naluri seorang ibu.
Tuesday, March 5, 2019
Monday, March 4, 2019
Tentang Zainab Norazman..
Menjadi seorang ibu itu, bukanlah sekadar melahirkan dan membesarkan anak-anak dengan didikan dan tarbiah semata mahu anak menjadi insan yang bijak, berakhlak dan soleh. Menjadi ibu itu, bukan sekadar kita memikul amanah memberikan makan dan pakai yang terbaik untuk anugerah Allah yang satu ini.
Menjadi ibu itu sebenarnya adalah fasa menjadikan kita seorang ibu. Dan ibu yang bagaimanakah kita mahu jadi di mata dan hati anak-anak, kita yang melakarkannya.
Zainab Norazman, seorang ibu yang keluar bekerja setiap hari bermula 6 pagi hingga 6 petang. Bak kata orang, keluar subuh, balik dah senja. Mempunyai 3 orang anak yang sedang membesar dan menghadam segala rempah-ratus kehidupan.
Menukilkan buku ini khusus untuk kelompok mak-mak seperti saya, yang punya tanggungjawab bekerja, mengurus rumahtangga, mengendalikan jiwa dan emosi anak-anak yang sedang membesar. Dalam masa yang sama, kita juga perlu belajar mengawal perasaan dan tekanan diri sendiri.
"Ibu, terus move on!"

Subscribe to:
Comments (Atom)